CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 5, 2009

JUFEN DAH BERSALIN





























salam kengkawan semua, ari ni saje nak kongsikan berita gembira.......alhamdulillah 25 februari yg lepas dah selamat dah cik jufen melahirkan seorang bayi lelaki...gembiranya x terkira sbb dah dapat sepasang dah..hahahhahaa....syukur kpd TUHAN. berikut adalah buti-butir kelahiran:

nama : Muhammad Haykarl Ielman bin Gadaffi
tarikh lahir : 25 Februari 2009
berat : 2.89 kg
saiz : 48 cm
masa kelahiran : 9.40 malam
tempat kelahiran : Hospital Serdang
nama mama : Jufaniza binti Kamin
nama ayah: Gadaffi bin Rahmad

Monday, February 2, 2009

khabar dari GAZA


Khabar dari Gaza: Peluk 2 adik kesejukan





ERTI peperangan terlalu kejam bagi empat beradik yang masih kanak-kanak apabila terpaksa menadah tangan meminta sedekah dan simpati orang ramai bagi mendapatkan makanan selepas kematian ibu bapa mereka yang terkorban ketika dibedil roket tentera Israel, sebulan lalu. Semua adik-beradik berkenaan yang berusia dua hingga 10 tahun itu kini hanya mampu duduk di kaki lima pagar hadapan Hospital Al-Sifa’ sambil menadah tangan kepada orang ramai yang keluar masuk ke bangunan berkenaan. Lebih menyedihkan apabila empat beradik itu yang berpakaian compang-camping dilihat kelaparan sambil memeluk erat adik mereka berusia dua tahun yang menangis kesejukan. Mangsa, Basma Hussin, 10, yang ditemui Wartawan Harian Metro berkata, ibu bapanya, Hussin dan Fatma mati selepas dibedil kereta kebal Israel yang memusnahkan kawasan ladang zaitun dan limau di Khanyunis, selatan Gaza.
Menurutnya, mayat ibu bapanya ditemui penduduk kampung dalam keadaan berlumuran darah sebelum dikebumi beramai-ramai bersama puluhan mangsa lain yang terkorban.
“Sejak kejadian itu, saya terpaksa menjaga tiga adik lain, Rami, 2, Salleh, 3, dan Asmah, 6, yang selalu lapar dan minta makanan. “Semua orang dalam kesusahan dan saya tidak mahu menyusahkan pak cik dan mak cik (jiran). Setiap pagi saya akan bawa adik ke kota Gaza dan meminta sedekah daripada orang ramai bagi mengalas perut mereka,” katanya dalam keadaan sedikit ketakutan. Menurutnya, ramai peniaga yang simpati akan menghulurkan roti atau buah-buahan kepada mereka termasuk beberapa kakitangan sukarelawan yang ditemui memasuki hospital berkenaan. “Makanan ini cukup untuk mengisi perut tiga adik saya terutama Rami yang kerap menangis pada waktu malam,” katanya sambil mendukung Rami di pinggang.Sementara itu, Wartawan Harian Metro dan jurugambar yang simpati terhadap nasib empat beradik berkenaan segera menghulurkan lima bungkusan nasi berlauk ayam selain sedikit wang saku. Keikhlasan wartawan memberi makanan itu, menyebabkan Basma tersenyum girang sambil mengagihkan bungkusan nasi terbabit kepada tiga adiknya yang menunggu kelaparan. Sambil segera menyuapkan nasi berkenaan ke mulut Rami, Basma sempat bertanya sama ada kami akan datang lagi ke hospital itu esok. Kasih sayang Basma terhadap tiga adiknya jelas terpamer apabila dia yang juga tidak makan dari pagi terlebih dahulu melayan Rami dan Salleh menjamah makanan sambil sesekali mengesat sisa nasi di mulut adiknya itu. Pada masa sama, mata Basma turut memerhati beratus-ratus pelajar sekolah yang keluar meninggalkan pekarangan sekolah bersebelahan Hospital Al-Sifa’ selepas sesi persekolahan penggal baru di Gaza bermula sejak Sabtu lalu. Derita dialami empat beradik berkenaan turut dikongsi beratus-ratus lagi kanak-kanak malang lain di Bandar Gaza apabila kumpulan kanak-kanak malang ini akan berpusu-pusu jika ada individu yang ingin memberikan sumbangan makanan. Malah wartawan New Straits Times, Marc Ferdinand Joseph Lourdes turut ‘diserang’ lebih 50 kanak-kanak yang kelaparan selepas dia cuba mengagih-agihkan coklat dan buah-buahan berhampiran Masjid Al-Syahid, di sini. Kejadian itu dianggap senario biasa oleh penduduk tempatan berikutan kebanyakan kanak-kanak ini yang menjadi yatim atau piatu tidak mendapat makanan secukupnya sejak Israel memulakan peperangan, 18 Disemberl lalu. Walaupun Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) memberikan bantuan makanan dan persekolahan terutama di Kem Pelarian Jebaliya namun masih ramai kanak-kanak malang lain yang terus melarat di jalanan.
p/s : sedey nya melihat kesengsaraan mereka....ramai kanak2 yg jadi yatim piatu..mcm mana la nasib mereka nnt....
tiba2 teringat anak aku yg berumur baru setahun lebey tuh..yg masih lagi manja2, comel2...... kawan2 yg sebaya dgn dia yg kat gaza tu, dah kena berdikari tuk cari makanan sndiri...

Monday, January 5, 2009

1ST DAY SCHOOL

Serba baru semua ari ni...bangga bila melangkah ke sekolah. Ada perasaan riak jugak sbb nk tunjuk segala yg kita ada sume baru2 belaka...hihihihihihih...dari darjah satu sampai ke tingkatan 6 atas...mesti gitu ghupenyer! hahahahahha..aku boleh ckp sbb aku dah rasainya dulu. tapi bila masuk U, x de sape pun nk heran....kui kui kui.. melangkah ke sekolah pada hari pertama membawa mcm2 perasaan...
suka? sbb jumpa balik kengkawan, cikgu2, segala cinta2 monyet pun ada tempias sikit ar...
sedeyyy?? sbb dah x coti pjg lagi....pas ni mesti byk homework nk kena buat....x boleh dah nak main2 sgt pun..hmmm...
kalau nak singkap balik segala cerita SEKOLAH...panjang menjela...tapi yg pasti life di zaman budak sekolah la yg paling best...sbb x yah pikir nk cari duit, x yah nk bekejar ke tmpt keje tiap2 hari, x reti tensen dlm jammed, x yah nk pikir pasal baju apa nk pakai ke keje, x yah pening2 nk kejar dateline kt opis, x yah mcm2 la....yg pasti segala kelengkapan sekolah mak ayah dah sediakan...beres kan...senangnya hidup. xde duit mintak ajelah la..kalau x dapat, merajuk..pastu sure dpt. hahahahhahahaha...cam aku jek tuh..kui kui kui
masing2 ada peristiwa pahit manis dalam hidup sepanjang bergelar pelajar sekolah... x menghairankan jika dulu kita seorang pelajar yg nakal, bila dah besar baru rasa insaf sbb x jadi budak baek dulu2...x pun kalau dulunya kita seorang pelajar yg baik dan bersopan santun, bila dah besar hanyuuuttt di bawa arus keSOSIALan yg melampau..tu pun ada...
Kita hidup semakin lama semakin matang, mcm2 perkara baru yang dan bakal kita tempuh. "masing2 dah besar" from nothing to something, from something to everything.......
oleh itu jadikan la segala kenangan dan ilmu yg diperolehi di sekolah dulu sebagai payung kita untuk harungi segala liku2 hidup. tapi apa yang pasti, selagi kita bernama manusia, kita akan sedaya upaya tuk membawa haluan hidup kita ke arah yg lebih selesa dan maju, kan!

Wednesday, December 31, 2008

~Scenario Tahun Baru~

Tahun baru menjelang.....................
Kebiasaan kita x sabar nk tggu tahun baru......
kenape eh?
sbb....
nk tgk bunga api kot,
nak join konsert GIGs,
nk bersosial yg giler2,
atau pasang azam baru kot,
atau renew azam yg dulu2 kot,
atau nak cari kehidupan yang lebih selesa kot,
nk kete besar kot,
nk beli rumah 4 tingkat kot,
nak gaji lg besar kot,
nak kawen kot,
nk sesuatu yg org xde kot,
nak tambah anak kot,
nak jadi mudee kot,
nak henpoon baru kot,
uishhh..banyaknya yg kita azamkan.....
tapi..tahukah anda, azam yg kita impikan kekadang tu separuh jalan je...
sbb apa?
duit x cukup kot,
belum sampai masa lagi kot,
semangat hangat2 tahi ayam kot,
hipokrit kot,
belum tuwee lagi kot,
x puas enjoy kot,
saje nk banyakkan alasan kot,
malas kot,
.................mcm2 lagi la kan..
bagaimana dgn isu rohani dan jasmani kita? tepuk dada tanya IMAN.
kita harus ingat segala yang kita rancang tu kalau x dapat restu daripada Yang Maha Esa...x tentu kita dapat capai....coretan ni adalah untuk peringatan kita semua....untuk melakukan sebarang perkara kita haruslah sentiasa ingat dan ptuh kepada perintah Allah. Selagi kita ingt kpd ALLAH, selagi itula..ALLAH juga akan ingt kepada kita......rezeki tu datangnya daripadaNYA...jgn lupa untuk mensyukuri segala nikmat yg telah diberi.. sihat atau sakit itu adalah nikmat..bersyukurla selalu....sambutla tahun baru dengan penuh rasa nikmat kesyukuran.....semoga tahun baru ini memberikan kita kemajuan hidup dan kemantapan iman yg lebih tinggi. Islam itu agama kita. Sayangi la agama kita seperti kita menyayangi insan yg dicintai...
salam tahun baru semua....

Friday, December 26, 2008

MAJLIS LENGGANG PERUT

CATATAN DARIPADA JUFEN:
Salam semua, apa yang anda terfikir jika terbaca jemputan ke MAJLIS LENGGANG PERUT??? hahahahahah.... x yah tipu diri anda sendiri...sure yg terbyg di fikiran mestilah...mak buyung sedang jalan berlenggang kangkung kan!!! hahahahahhah...ishh...x sesuai langsung tau...! :) Sebenarnya majlis lenggang perut yg diadakan adalah x lebeih dr majlis doa selamat..ala..yg biasa2 kita tgk tuh..bukan seperti yg digambarkan mengikut nama khas LENGGANG PERUT tu...hahahahhaha...
Bagi kaum jawa, majlis ni diadakan bila kandungan sudah berusia 7 bulan. Majlis doa selamat ni x lebih dari meminta kepada ALLAH agar dipermudahkan seseorang itu bersalin and yg paling penting tiada sebarang amalan syirik dan khurafat yg dilakukan dalam majlis itu.....
semalam 25hb, kandungan aku mencecah 31 minggu..mean dah 7 bulan 3 minggu la....setiap hari menghitung hari menunggu kehadiran orang baru....Semalam jugak la diadakan MAJLIS LENGGANG PERUT tu... Alhamdulillah segala yg dirancang berjalan dgn baik.
Tetapi nk mohon maaf kepada semua rakan2...sebab x jemput u all ke majlis tu....majlis pun x buat besar2an...ngeh ngeh ngeh... tetapi, doakan la daku tuk bulan februari akan datang ini..semoga semuanya selamat...AMIN..

Wednesday, December 24, 2008

KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA...




Salam kepada semua,

Kami masih lagi menjalankan operasi menjejaki semua ex-student form 6, SMKTAR untuk mendapatkan senarai maklumat yang terkini...blog ini akan diperkemaskan dari semasa ke semasa...pelbagai kategori sudah dicadangkan...oleh itu, untuk tujuan penyelarasan tersebut, anda diminta memberikan kerjasama yang sewajarnya..........
Oleh itu besarlah harapan pihak kami agar anda memberikan kerjasama..tidak kira menggunakan perantara SMS, EMEL, SURAT, TELEFON, YM, atau sebagainya untuk menyalurkan maklumat terkini anda.
Di samping itu, jika anda ingin mencoretkan kisah suka duka anda...sila maklumkan kepada saya JUFEN......adalah tidak menjadi keberatan jika maklumat terkini anda dikepilkan bersama gambar2 anda yg havoc tuh...ok!!!

penyelaras blog
~jufen~
kring3x : 012-3891346


Tuesday, December 23, 2008

THEME SONG.....



THATS WHAT FRIENDS ARE FOR by Dionne Warwick


And I never thought I'd feel this way
And as far as I'm concerned
I'm glad I got the chance to say
That I do believe I love you
And if I should ever go away
Well, then close your eyes and try to feel
The way we do today
And then if you can remember
Keep smilin', keep shinin
'Knowin' you can always count on me, for sure
That's what friends are for
For good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for
Well, you came and opened me
And now there's so much more I see
And so by the way I thank you
Whoa, and then for the times when we're apart
Well, then close your eyes and know
These words are comin' from my heart
And then if you can remember, oh
Keep smiling, keep shining
Knowing you can always count on me, for sure
That's what friends are for
In good times, in bad times
I'll be on your side forever more
Oh, that's what friends are for
Whoa... oh... oh... keep smilin', keep shinin
'Knowin' you can always count on me, for sure
That's what friends are for
For good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for
Keep smilin', keep shinin'
Knowin' you can always count on me, oh, for sure
'Cause I tell you that's what friends are for
For good times and for bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for (That's what friends are for)
On me, for sure
That's what friends are for
Keep smilin', keep shinin'






p/s : kepada semua kengkawan..hayatila lagu dan sari kata nya...