CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 5, 2009

JUFEN DAH BERSALIN





























salam kengkawan semua, ari ni saje nak kongsikan berita gembira.......alhamdulillah 25 februari yg lepas dah selamat dah cik jufen melahirkan seorang bayi lelaki...gembiranya x terkira sbb dah dapat sepasang dah..hahahhahaa....syukur kpd TUHAN. berikut adalah buti-butir kelahiran:

nama : Muhammad Haykarl Ielman bin Gadaffi
tarikh lahir : 25 Februari 2009
berat : 2.89 kg
saiz : 48 cm
masa kelahiran : 9.40 malam
tempat kelahiran : Hospital Serdang
nama mama : Jufaniza binti Kamin
nama ayah: Gadaffi bin Rahmad

Monday, February 2, 2009

khabar dari GAZA


Khabar dari Gaza: Peluk 2 adik kesejukan





ERTI peperangan terlalu kejam bagi empat beradik yang masih kanak-kanak apabila terpaksa menadah tangan meminta sedekah dan simpati orang ramai bagi mendapatkan makanan selepas kematian ibu bapa mereka yang terkorban ketika dibedil roket tentera Israel, sebulan lalu. Semua adik-beradik berkenaan yang berusia dua hingga 10 tahun itu kini hanya mampu duduk di kaki lima pagar hadapan Hospital Al-Sifa’ sambil menadah tangan kepada orang ramai yang keluar masuk ke bangunan berkenaan. Lebih menyedihkan apabila empat beradik itu yang berpakaian compang-camping dilihat kelaparan sambil memeluk erat adik mereka berusia dua tahun yang menangis kesejukan. Mangsa, Basma Hussin, 10, yang ditemui Wartawan Harian Metro berkata, ibu bapanya, Hussin dan Fatma mati selepas dibedil kereta kebal Israel yang memusnahkan kawasan ladang zaitun dan limau di Khanyunis, selatan Gaza.
Menurutnya, mayat ibu bapanya ditemui penduduk kampung dalam keadaan berlumuran darah sebelum dikebumi beramai-ramai bersama puluhan mangsa lain yang terkorban.
“Sejak kejadian itu, saya terpaksa menjaga tiga adik lain, Rami, 2, Salleh, 3, dan Asmah, 6, yang selalu lapar dan minta makanan. “Semua orang dalam kesusahan dan saya tidak mahu menyusahkan pak cik dan mak cik (jiran). Setiap pagi saya akan bawa adik ke kota Gaza dan meminta sedekah daripada orang ramai bagi mengalas perut mereka,” katanya dalam keadaan sedikit ketakutan. Menurutnya, ramai peniaga yang simpati akan menghulurkan roti atau buah-buahan kepada mereka termasuk beberapa kakitangan sukarelawan yang ditemui memasuki hospital berkenaan. “Makanan ini cukup untuk mengisi perut tiga adik saya terutama Rami yang kerap menangis pada waktu malam,” katanya sambil mendukung Rami di pinggang.Sementara itu, Wartawan Harian Metro dan jurugambar yang simpati terhadap nasib empat beradik berkenaan segera menghulurkan lima bungkusan nasi berlauk ayam selain sedikit wang saku. Keikhlasan wartawan memberi makanan itu, menyebabkan Basma tersenyum girang sambil mengagihkan bungkusan nasi terbabit kepada tiga adiknya yang menunggu kelaparan. Sambil segera menyuapkan nasi berkenaan ke mulut Rami, Basma sempat bertanya sama ada kami akan datang lagi ke hospital itu esok. Kasih sayang Basma terhadap tiga adiknya jelas terpamer apabila dia yang juga tidak makan dari pagi terlebih dahulu melayan Rami dan Salleh menjamah makanan sambil sesekali mengesat sisa nasi di mulut adiknya itu. Pada masa sama, mata Basma turut memerhati beratus-ratus pelajar sekolah yang keluar meninggalkan pekarangan sekolah bersebelahan Hospital Al-Sifa’ selepas sesi persekolahan penggal baru di Gaza bermula sejak Sabtu lalu. Derita dialami empat beradik berkenaan turut dikongsi beratus-ratus lagi kanak-kanak malang lain di Bandar Gaza apabila kumpulan kanak-kanak malang ini akan berpusu-pusu jika ada individu yang ingin memberikan sumbangan makanan. Malah wartawan New Straits Times, Marc Ferdinand Joseph Lourdes turut ‘diserang’ lebih 50 kanak-kanak yang kelaparan selepas dia cuba mengagih-agihkan coklat dan buah-buahan berhampiran Masjid Al-Syahid, di sini. Kejadian itu dianggap senario biasa oleh penduduk tempatan berikutan kebanyakan kanak-kanak ini yang menjadi yatim atau piatu tidak mendapat makanan secukupnya sejak Israel memulakan peperangan, 18 Disemberl lalu. Walaupun Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) memberikan bantuan makanan dan persekolahan terutama di Kem Pelarian Jebaliya namun masih ramai kanak-kanak malang lain yang terus melarat di jalanan.
p/s : sedey nya melihat kesengsaraan mereka....ramai kanak2 yg jadi yatim piatu..mcm mana la nasib mereka nnt....
tiba2 teringat anak aku yg berumur baru setahun lebey tuh..yg masih lagi manja2, comel2...... kawan2 yg sebaya dgn dia yg kat gaza tu, dah kena berdikari tuk cari makanan sndiri...

Monday, January 5, 2009

1ST DAY SCHOOL

Serba baru semua ari ni...bangga bila melangkah ke sekolah. Ada perasaan riak jugak sbb nk tunjuk segala yg kita ada sume baru2 belaka...hihihihihihih...dari darjah satu sampai ke tingkatan 6 atas...mesti gitu ghupenyer! hahahahahha..aku boleh ckp sbb aku dah rasainya dulu. tapi bila masuk U, x de sape pun nk heran....kui kui kui.. melangkah ke sekolah pada hari pertama membawa mcm2 perasaan...
suka? sbb jumpa balik kengkawan, cikgu2, segala cinta2 monyet pun ada tempias sikit ar...
sedeyyy?? sbb dah x coti pjg lagi....pas ni mesti byk homework nk kena buat....x boleh dah nak main2 sgt pun..hmmm...
kalau nak singkap balik segala cerita SEKOLAH...panjang menjela...tapi yg pasti life di zaman budak sekolah la yg paling best...sbb x yah pikir nk cari duit, x yah nk bekejar ke tmpt keje tiap2 hari, x reti tensen dlm jammed, x yah nk pikir pasal baju apa nk pakai ke keje, x yah pening2 nk kejar dateline kt opis, x yah mcm2 la....yg pasti segala kelengkapan sekolah mak ayah dah sediakan...beres kan...senangnya hidup. xde duit mintak ajelah la..kalau x dapat, merajuk..pastu sure dpt. hahahahhahahaha...cam aku jek tuh..kui kui kui
masing2 ada peristiwa pahit manis dalam hidup sepanjang bergelar pelajar sekolah... x menghairankan jika dulu kita seorang pelajar yg nakal, bila dah besar baru rasa insaf sbb x jadi budak baek dulu2...x pun kalau dulunya kita seorang pelajar yg baik dan bersopan santun, bila dah besar hanyuuuttt di bawa arus keSOSIALan yg melampau..tu pun ada...
Kita hidup semakin lama semakin matang, mcm2 perkara baru yang dan bakal kita tempuh. "masing2 dah besar" from nothing to something, from something to everything.......
oleh itu jadikan la segala kenangan dan ilmu yg diperolehi di sekolah dulu sebagai payung kita untuk harungi segala liku2 hidup. tapi apa yang pasti, selagi kita bernama manusia, kita akan sedaya upaya tuk membawa haluan hidup kita ke arah yg lebih selesa dan maju, kan!